Sunday, May 11, 2008

:: Siklon NARGIS: Pesanan dari Allah ::

Salam pkhabaran buat semua..

Alhamdulillah, setinggi- tinggi rasa syukur kita panjatkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Moga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur.

Baru2 ini kita telah digemparkan dengan fenomena ribut tropika Nargis yang berlaku di negara jiran kita, Myanmar. Rata2 daripada kita pastinya bersetuju bahawa apa yang berlaku di Myanmar sebagai sesuatu yang dashyat dan amat2 menakutkan. Tiada siapa yang menduga bahawa fenomena tersebut akan berlaku sebegitu dashyat. Dengan sekelip mata sahaja bumi Myanmar seolah- olah mjadi padang jarak padang terkukur. Mayat manusia dan haiwan bergelimpangan di sana sini, bangunan2 dan hasil tanaman habis musnah, mengigatkan kita kepada apa yang berlaku kepada umat2 terdahulu yang dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah SWT kerana ingkar dengan arahan dan peraturanNYA. Siklon tropika ini juga pasti sekali mengigatan kita kepada fenomena ombak besar Thsunami yang juga berlaku di kebanyakan kawasan di rantau Asia Tenggara tidak lama dulu dan telah meragut ribuan nyawa manusia.

Bagi yang beriman kepada Allah SWT, pastinya musibah yang terjadi di Myanmar bukan sahaja semata- mata fenomena alam tetapi juga lebih kepada pesanan dan peringatan daripada Allah SWT kepada kita semua. Adakah terlalu byk dosa dan kmungkaran yang kita telah kita lakukan sehingga mengundang murka Allah SWT? Mungkinkah bumi dan alam ini tidak mampu lagi menanggung kerakusan sang manusia yang memusnahkan dan menodainya semata- mata atas tujuan pbangunan dan kemajuan? Dan sejauh mana kita mengambil pengiktibaran dengan apa yang berlaku supaya kita sentiasa bersiap siaga menghadapi hari kematian dan hari kehancuran? Persoalan2 berikut memerlukan muhasabah dan penelitian yang terperinci daripada diri kita sendiri.

Mudah- mudahan pesanan dari Allah ini memberi kita kesedaran dan iltizam untuk terus memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri. Mohonlah keampunan di atas segala keterlanjuran yang telah kita lakukan. Moga dunia ini lebih aman dan makmur dengan limpahan hidayah dan kasih sayang daripadaNYA. Takziah kepada saudara kita di Myanmar. Inna lillahi wainna ilaihi roojiunn


Lagi tentang NARGIS

Siklon Nargis (Penamaan JTWC: 01B, juga dikenali sebagai (Very Severe Cyclonic Storm Nargis) ialah sebuah siklon tropika kencang yang bertemu daratan di Myanmar pada 2 Mei 2008, mengakibatkan kemusnahan bencana dan sekurang-kurangnya 22,980 nyawa terkorban dan 42,119 lagi yang masih hilang. Dianggarkan jumlah korban keseluruhan mungkin mencecah 100,000 orang.

Nargis ialah siklon bernama paling dahsyat di lembangan Lautan Hindi Utara, dan juga siklon bernama kedua paling besar sepanjang sejarah, mengekori Taufan Nina. Termasuk sekali ribut tanpa nama, Nargis ialah siklon ke-12 paling teruk sepanjang sejarah. Nargis ialah ribut tropika pertama yang melanda Myanmar sejak Siklon Mala menemui daratan pada tahun 2006.

Ribut bernama pertama dalam musim siklon Lautan Hindi Utara 2008 ini berkembang pada 27 April di pusat Teluk Benggala. Mula-mulanya Nargis perlahan-lahan menuju ke arah barat laut, dan setelah menemui keadaan yang menggalakkan, maka ribut itu semakin kuat. Udara kering melemahkan siklon itu pada 29 April, namun selepas mula bergerak ke arah timur Nargis cepat bertambah kencang agar mencapai angin kemuncak sekurang-kurangnya 165 km/j (105 bsj) pada 2 Mei; Pusat Amaran Taufan Bersama menilai angin kemuncak sebanyak 215 km/j (135 bsj). Siklon itu menuju ke daratan di Bahagian Ayeyarwady di Myanmar apabila semakin mencapai kekencangan kemuncak dan, selepas menghampiri bandar raya utama Yangon, ribut itu beransur lemah sehingga lesap berhampiran sempadan Myanmar-Thailand.


No comments: