Monday, May 12, 2008

:: Lim Guan Eng Vs Khalifah Umar bin Abd Aziz ::

Salam ukhwah buat semua..

Emm.. Hati ini terdetik dan terpanggil untuk merungkai topik hangat di atas. Bukan untuk tujuan omongan politik semata mahupun membanding- banding wibawa 2 tokoh ini tetapi lebih kepada keinginanku untuk mengetahui rahsia kepimpinan dan keperibadian khalifah agung Umar bin Abdul Aziz sehingga menarik minat YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri PP yang baru) untuk mengikuti jejaknya.

Perbezaan agama dan kepercayaan pastinya merupakan satu tembok besar yang jelas menjadi pemisah antara 2 tokoh terkenal ini tetapi apakah keistimewaan yang ada pada Khalifah Umar bin Abdul Aziz di zaman pemerintahannya? YAB Guan Eng bukan hanya sekadar tahu menyebut nama khalifah mulia ini malah sedikit sebanyak boleh bercerita dan berceloteh tentang kisah sejarah di zaman kepimpinan khalifah Umar bin Abd Aziz. Ishh, malunya aku bergelar seorang Islam sedangkan aku sendiri kurang arif dengan rahsia keperibadian dan sirah kepimpinan khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Moga cita2 dan hasrat murni YAB Lim Guan Eng bakal menjadi kenyataan. Bukan sekadar janji manis untuk mengaburi mata dan hati masyarakat. Dan moga2 lebih ramai lagi pemimpin di negara ini yang sedar dan faham dengan amanah dan tanggungjawab besar yang dipikul. Jadikanlah Rasullullah dan para sahabatnya sebagai contoh teladan yang baik dalam menjalankan tugas sebagai pemerintah. Sebelum berundur, marilah kita hayati antara rahsia keperibadian khalifah Umar bin Abd Aziz di zaman pemerintahannya. Moga peroleh kebaikan dan manfaat daripadanya.

ZUHUD KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Pakaian & Cara Pemakaiannya

Seorang ulama’ Quraish meriwayatkan: Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata: Sesungguhnya aku bimbang kalau2 rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian2 kesukaanku. Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru.

Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap & perangai demikian.

Pakaian solat

Seorang pengawalnya berkata: Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya. Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki: Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat.

Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab: Sesungguhnya sebaik-baik niat yang ikhlas untuk berzuhud, adalah ketika memiliki kemewahan. Dan masa yang paling sesuai untuk memberikan keampunan, ialah ketika mampu membalasnya.

Harum lagi Bergaya

Raja’ bin Haiwah meriwayatkan: Sebelum Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau merupakan lelaki paling harum tubuh dan pakaiannya serta paling bergaya cara berjalannya.

Setelah menjadi Khalifah, mereka telah menilai harga pakaiannya (baju, serban, kain, pakaian luaran & dalaman, kain baldu) hanya sekadar 12 dirham sahaja.

Pakaian Ketika sakit

Salamah meriwayatkan: Suatu masa aku menziarahi Umar Abdul Aziz yang sedang sakit. Aku melihat dia memakai baju yang sudah kotor. Lalu aku berkata kepada Fatimah: Wahai Fatimah, Tolong basuhkan baju Amirul Mukminin. Jawab Fatimah: InsyaAllah, kami akan laksanakan.

Keesokan harinya, aku berkunjung lagi. Aku dapati bajunya masih seperti kelmarin. Lantas aku bertanya:
Wahai Fatimah, Bukankah aku telah menyuruh menbasuh baju Amirul Mukminin. Sepatutnya engkau menukarkan bajunya, kerana orang ramai sentiasa mengunjunginya.
Jawab Fatimah: Demi Allah, hanya baju itulah yang beliau ada.

No comments: