Sekalung penghargaan buat para ibu. Jasa kalian tiada tolok gantinya. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Teruskan usaha untuk mendidik generasi- generasi Islam agar terbinanya sebuah kesatuan Taqwa yang utuh.
Hargai setiap detik dan saat yang masih ada..teruskan perjuangan
Dengan NamaMu yang maha pengasih lagi penyayang
Salam Ukhwah Fillah
Selamat datang ke gerbang ukhwah. Moga tirai perkenalan dan persahabatan disulami benang- benang iman dan taqwa.
"Kukuh bangunan kerana binaannya, kukuh ukhwah kerana Allah dan rasulNya"
Ya Rabbi.. Kurniakan di dalam hatiku ini sinar cahayaMU, jadikanlah nikmat penglihatanku ini cahaya dan juga pendengaranku cahaya. Kurniakan ya Allah cahaya di hadapanku, juga cahaya di belakangku, juga cahaya di atasku, dan juga cahaya di bawahku...Sesungguhnya engkau pengurnia cahaya
Suami sebagai arkitek rumah tangga
SUAMI sebagai pemimpin rumah tangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah membekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau tidak mudah didorong oleh perasaan. Oleh sebab itulah lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Maka dari sinilah bermulanya kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga.
No comments:
Post a Comment