Tuesday, March 11, 2008

:: Kuasa Rakyat ::

Salam muqaddimah.

Pertamanya setinggi ksyukuran ke hadrat Allah, tuan punya alam dan seluruh makhluknya kerana masih lagi memberikan nikmat keamanan dan kemakmuran kepada kita semua khususnya sebagai rakyat Malaysia. Menarik untuk memperkatakan tentang kputusan pilihan raya umum (PRU) ke-12 yang telah berlangsung baru2 ini yang disifatkan satu kejutan besar kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada pihak memerintah mahupun pihak pembangkang. PRU kali ini benar2 memperlihatkan kuasa rakyat untuk memilih bakal pemimpin mereka untuk penggal ini. Adakah keputusan PRU kali ini merupakan keputusan yang rakyat benar2 mahukan? Ataupun rakyat sendiri terkejut dan tidak percaya dengan keputusan yang mereka sendiri lakukan? Walau apapun alasannya, keputusan telah pun diumumkan dan kini tibalah masanya untuk para pemimpin pilihan rakyat untuk mjalankan tugas dan amanah masing2. Bukan sekadar menjana kemajuan bangsa dan negara malah lebih penting mendaulatkan Islam dan undang2 Allah di muka bumi ini.